BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 30 June 2011

"tazkirah jumaat"

   MENAHAN  LAPAR  SEMALAMAN   KERANA  MENGHORMATI  TETAMU









Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w.  dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

so,sbgai muslim yg baik  apa salahnya kita yg melimpah ruah rezeki ini menyedekahkan sedikit sbhgian mknn atau hrta kita kpd yg memerlukan..x bnyak,sikit pon x pa dr bnyak tp ada agenda lain..ingat ALLAH mngetahui niat kita walau sebesar zarah sekalipun..selamat beramal tau!! :)

credit to the : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan4.htm (sila klik di sini jika ingin thu selanjutnya)

<bell@5h1k>

Jumaat Yg Mulia







Ketahuilah...bahawasanya Hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari. Ia mempunyai keutamaan yang istimewa di sisi Allah swt. Padanyalah Allah telah menciptakan Nabi Adam a.s. Padanya juga Hari Kiamat akan jatuh dan ia malah merupakan hari di mana Allah akan mengizinkan ahli syurga untuk mengunjungi syurga. Para Malaikat menamakan Hari Jumaat itu sebagai Hari Penambahan kerana banyaknya pintu-pintu rahmat dibuka pada hari itu. Pada hari itu juga Allah akan melimpahkan kurniaNya dan menabur kebaikanNya.

Pada hari itu pula ada sesaat yang mulia, di mana segala doa akan dikabulkan. Tetapi saat yang mulia itu dirahsiakan. Oleh itu hendaklah melazimkan diri berbuat amalan2 yang soleh pada hari itu. Jadikanlah Hari Jumaat sebagai hari yang banyak diisikan dengan ilmu2 yang bermanafaat jua ibadat2 untuk hari akhirat sahaja. Memadailah menggunakan hari2 yang lain untuk bertungkus-lumus dalam kerja-kerja dunia yang dikira sebagai sia-sia dan tidak menguntungkan jika bukan diniatkan semata-mata kerana Allah swt.

Ketahuilah.. perkara yang sunnat dilakukan pada siang dan malam Jumaat ialah membaca surah Al-Kahfi, kemudian memperbanyakkan selawat ke atas Rasulallah saw. Hendaklah sunat ini dipelihara baik-baik. Dan hendaklah menyegerakan pergi ke masjid awal-awal lagi. Jangan melengah-lengahkan diri untuk pergi menunaikan solat Jumaat kerana solat itu adalah wajib ke atasmu. Di waktu Imam berkhutbah, hendaklah memasang telinga baik-baik untuk mendengar segala yang disampaikan oleh Imam yang berupa tunjuk-ajar dan nasihat. Kemudian hendaklah menurut apa yang dikatakan di dalam khutbah itu. Anggaplah dirimu itu sebagai orang yang ditujukan segala nasihat itu.

Semoga apa yang mama sampaikan dari apa yang mama baca ini (dari karangan Imam Habib Abdullah Haddad) mendapat perhatianmu. Semoga sedikit sebanyak dapat menjadikan diri kita hari ini lebih baik dari semalam..Insyaallah.

Al-Kahfi

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

  • Surah Al-Kahfi
Membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat dan malamnya. Tersebut di dalam sebuah Hadis: "Siapa yang membacanya (surah Al-Kahfi), niscaya diampunkan dosanya hingga ke hari Jumaat yang hadapan dan dipancarkan cahaya dari tumitnya menjulang ke atas langit."